Wednesday, 30 November 2011

Trip Memancing Di Sapang Kunak



Ketika Memancing Di Kg. Sapang Dalam Daerah Kunak....pada 27. 11. 2011.....
GPS=N 04° 37.908'    E118° 19.076'

Tuesday, 16 August 2011

Haruan Lagi Di Lubuk Larangan...




Ikan haruan yang kedua yang Yusop dapat daripada lubuk terlarang....... Lubuk ini sekarang telah di cerobohi oleh sang monyet yang tidak takut akan kehadiran manusia..... walau bagaimanapun Yusop dengan selamba masih memancing di lubuk ini sehingga sekarang, walau pun dengan kehadiran monyet-monyet yang perkasa...

Saturday, 6 August 2011

INFO IKAN HARUAN


Di antara khasiatnya adalah seperti
berikut:
1. Haruan mempunyai asam amino
dan lemak yang dapat
menyembuhkan luka dalam perut
serta amat baik untuk mengubati
penyakit gastrik.
2. Haruan mengandungi sejumlah
besar Vitamin A yang membantu
menambah daya penglihatan,
melembapkan kulit dan bertindak
sebagai anti oksidan yang
melambatkan proses penuaan.
3. Haruan mengandungi asid
arakidonik yang tinggi yang
membantu memulakan proses
darah menjadi beku dan
bertanggungjawab untuk
pertumbuhan semula sel baru.
4. Glisin dari ikan haruan
(merangkumi asid aspartik dan
glutamik) yang merupakan satu
daripada komponen penting
kolagen dalam kulit manusia akan
membentuk molikul protein yang
penting untuk pertumbuhan semula
dan penyembuhan.
5. Dari kajian saintifik didapati
pengambilan ikan haruan juga dapat
mengurangkan sakit selepas
pembedahan
Lendir ikan haruan mengandungi
asid oleik dan linolik tak tepu iaitu
komponen utama lipid sepenuhnya.
6. Ikan Haruan mengandungi
kolagen yang tinggi yang
membantu mencantikkan kulit
(Maklumat diperolehi dari
alibaba.com

Thursday, 4 August 2011

Lubuk Haruan Batu16, Tawau







Sambil menunggu masa berbuka puasa, maka masa tidak di bazirkan begitu saja.... sempat lagi memancing di lokasi rahsia....

Monday, 18 July 2011

memancing Di Kuala Inderasabah



Hanya singgah sekejap untuk memancing. Hanya seekor anak ikan Arut yang sudi menjamah umpan udang kami. Tempat memancing memang best, tapi kami sampai air sudah surut. Tujuan sebenar kami bukanlah memancing, tapi pergi tengok perahu fiberglass yang orang nak jual. Oleh kerana kami ada bawa pancing, so kami pun mencuba nasiblah. Manalah tau boleh menjinakan ikan selunsung atau MJ. Lain kali kena plan betul-betul sebelum ke sini...

Tuesday, 12 July 2011

Memancing DI Sg Apas, Tawau

Inilah Sg. Apas... time surut


hanya seekor ikan MJ saja yang menyambar...sebenarnya orang lain sudah pun berpuluh-puluh ekor ikan MJ dan ikan selunsung yang mereka dapat daripada sungai ni... kami jak yang lambat memancing di tempat ni...ketinggalan... katakan...